Rabu, 23 Mei 2018



Cinta? Siapa sahaja pasti tahu bagaimana rasa cinta. Saya tidak akan membicarakan makna tentang cinta, tetapi saya akan menekankan isu yang berkaitan dengan cinta.

Cemburu dengan pasangan, adakah itu suatu yang baik dalam sebuah perhubungan? Ada yang menjawab ya, dan ada yang menjawab tidak. Ini bergantung dengan keputusan dan peribadi seseorang yang menghadapi situasi tersebut.

Cemburu dengan pasangan itu baik, tetapi sejauh manakah kebaikannya? Ada orang, rasa cemburu melihat orang yang dia sayangi melayan orang lain lebih dari cara pasangannya melayan dia. Ada juga orang yang cemburu apabila melihat pasangannya begitu mesra dengan orang lain. Ada juga orang yang berasa cemburu melihat pasangannya sedang keluar berduaan dengan orang lain. Itulah perasaan cemburu. Apa yang baiknya ialah kita belajar untuk mengawal perasaan cemburu dan belajar untuk refleksi diri menjadi pasangan yang lebih baik buat pasangan. Bahkan rasa cemburu itu juga kadangnya membuat hubungan kita dengan pasangan lebih baik kerana lahirnya benih cemburu yang kecil. Benih cemburu itulah yang akan membuat pasangan kita sedar bahawa kita menyayanginya dan ingin perhatiannya sepenuhnya dengan kita.

Tetapi, cemburu juga boleh mendatangkan keburukan terhadap sebuah perhubungan. Remaja, anak kecil, dan dewasa semuanya tidak dapat lari dari rasa cemburu. Justeru itu banyak individu yang gagal mengendalikan perasaan ini memilih menjadi seorang yang suka mengongkong dan agresif terhadap pasangannya dan orang sekeliling. Kesannya, pasangan mula berasa rimas dengan sikap cemburu yang berlebihan. Malahan sikap cemburu tersebut juga sering mengundang pergaduhan sesama pasangan. Akhirnya pergaduhan yang sering berlaku menyebabkan tidak ada lagi rasa cinta dan kasih sayang yang terpancar. Ini lambat atau cepat jika tidak dihentikan, pasti akan menghancurkan hubungan yang dibina walaupun sudah berpuluh tahun bersama.
Saya lebih terbuka dalam wajah lembaran ini untuk menyelitkan serba sedikit pengalaman daripada seorang yang sangat dekat dengan saya (nama dirahsiakan) mengenai pasangan mereka yang pencemburu.

“Si A seorang wanita berumur 20 tahun. Si A mempunyai pasangan. Hubungan si A dan pasangannya pada awalnya begitu baik  kerana tidak ada sebarang masalah. Si A seorang yang suka berkawan dan mesra orangnya, pasangannya juga sudah sedia maklum tentang hal itu. Namun sikap cemburu pasangan Si A dari hari ke hari membuatnya berasa rimas kerana pergaulannya dengan orang lain disekat. Keadaan ini membuat Si A rasa terkongkong malahan kawan-kawannya yang pernah bersamanya sebelum ini juga semakin menjauh demi menjaga hubungan Si A dengan pasangannya. Amarah cemburu tersebut akhirnya membuat Si A dan pasangan berpisah.”

Melihat pengalaman orang lain ini sedikit memberi pencerahan terhadap kita bahawa cemburu jika terus dijadikan bumbu dalam perhubungan akan merosakkan segala-galanya. Jika kita sangat menyayangi seseorang, tunjuk dengannya selayaknya kita mencintai dia agar dari hari ke hari dia akan belajar menjadi pasangan yang baik bila sedar bahawa kita cukup baik buatnya. Bukannya menunjukkan api cemburu dan amarah kita terhadapnya. Apabila dia salah maafkan dan berikan dia peluang untuk cuba memperbaiki kesilapannya.

Jika dia berubah, maksudnya dia layak dicintai oleh kita, jika tahunya hanya membuat kita rasa cemburu dari hari ke hari tanpa berubah, itu pilihan kita, melepaskan atau tidak. Tetapi paling penting fikirlah yang terbaik buat hidup kita sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan