Selasa, 27 Jun 2023

BAKAL PASANGAN HIDUP

Memilih pasangan hidup ini umpama memilih masa depan kita. Dapat pasangan yang baik akhlak dan agamanya baiklah akhir jalan hidupnya. Dapat pasangan baran, tidak sholat, malas bekerja maka bermulalah segala beban dan derita akan ditanggung atas bahu sendiri. 

Wanita, jika memilih bakal suami, pilihlah dia yang baik akhlak dan agamanya, betul tiada manusia yang sempurna tetapi dengan dua perkara ini sekurangnya kau jelas sikap sebenar bakal pasangan hidup.

Ramai wanita hari ini yang dari mengandung, melahirkan hinggalah membesarkan anak, dia yang uruskan segalanya tentang keperluan anak, itu belum sentuh bab tanggungjawap urusan kerja rumah, nafkah yang sengaja tidak ditunaikan dan banyak lagi.

Wanita, jangan pernah berfikir bahawa dia mampu ubah sikap buruknya demi kamu. Melainkan kamu yang akan berubah tertekan dari segi emosi dan mental. Jika dengan Tuhannya sahaja dia sukar menunaikan kewajipannya, bagaimana dengan kamu? Fikirkanlah.

Rabu, 23 Mei 2018


Tipu? Siapa pun  kita, baik pernah menipu dan ditipu pasti merasakan bagaimana sakitnya hati apabila mengetahui hakikat bahawa kita ditipu oleh orang yang paling kita percayai.
Ada sesetengah orang berpendapat bahawa tidak salah menipu untuk kebaikan kedua pihak. Persoalannya, sampai bila menipu? Terutamanya dengan orang yang kita sayang dan orang yang meletakkan kepercayaan kepada kita?

Ada juga orang berpendapat bahawa menipu untuk kebaikan itu tidak salah? Jawapan soalan ini bergantung dengan pendapat masing-masing.

“A dan B sudah lama bercinta. A dan B meletakkan dasar percintaan mereka untuk saling mempercayai tidak kira di mana pun berada. Suatu hari, Si A melihat ada balasan mesej orang lain di dalam whatsapp Si B yang menunjukkan ada perbualan sebelum ini yang telah dipadam oleh B. A bertanya kenapa perlu padam perbualan sebelum ini?Berlaku pergaduhan antara mereka yang mana Si A menyatakan hilang kepercayaan dengan B. Si A juga mengatakan yang dia tidak marah jika Si B berhubung orang lain tanpa pengetahuannya tetapi kenapa perlu merahsiakan semua perbualan mereka sebelum ini,.”

“Perkara yang paling menyakitkan ialah apabila kita dibahagiakan dengan penipuan.”

Tiada manusia yang suka ditipu. Tetapi banyak yang suka menipu.



Cinta? Siapa sahaja pasti tahu bagaimana rasa cinta. Saya tidak akan membicarakan makna tentang cinta, tetapi saya akan menekankan isu yang berkaitan dengan cinta.

Cemburu dengan pasangan, adakah itu suatu yang baik dalam sebuah perhubungan? Ada yang menjawab ya, dan ada yang menjawab tidak. Ini bergantung dengan keputusan dan peribadi seseorang yang menghadapi situasi tersebut.

Cemburu dengan pasangan itu baik, tetapi sejauh manakah kebaikannya? Ada orang, rasa cemburu melihat orang yang dia sayangi melayan orang lain lebih dari cara pasangannya melayan dia. Ada juga orang yang cemburu apabila melihat pasangannya begitu mesra dengan orang lain. Ada juga orang yang berasa cemburu melihat pasangannya sedang keluar berduaan dengan orang lain. Itulah perasaan cemburu. Apa yang baiknya ialah kita belajar untuk mengawal perasaan cemburu dan belajar untuk refleksi diri menjadi pasangan yang lebih baik buat pasangan. Bahkan rasa cemburu itu juga kadangnya membuat hubungan kita dengan pasangan lebih baik kerana lahirnya benih cemburu yang kecil. Benih cemburu itulah yang akan membuat pasangan kita sedar bahawa kita menyayanginya dan ingin perhatiannya sepenuhnya dengan kita.

Tetapi, cemburu juga boleh mendatangkan keburukan terhadap sebuah perhubungan. Remaja, anak kecil, dan dewasa semuanya tidak dapat lari dari rasa cemburu. Justeru itu banyak individu yang gagal mengendalikan perasaan ini memilih menjadi seorang yang suka mengongkong dan agresif terhadap pasangannya dan orang sekeliling. Kesannya, pasangan mula berasa rimas dengan sikap cemburu yang berlebihan. Malahan sikap cemburu tersebut juga sering mengundang pergaduhan sesama pasangan. Akhirnya pergaduhan yang sering berlaku menyebabkan tidak ada lagi rasa cinta dan kasih sayang yang terpancar. Ini lambat atau cepat jika tidak dihentikan, pasti akan menghancurkan hubungan yang dibina walaupun sudah berpuluh tahun bersama.
Saya lebih terbuka dalam wajah lembaran ini untuk menyelitkan serba sedikit pengalaman daripada seorang yang sangat dekat dengan saya (nama dirahsiakan) mengenai pasangan mereka yang pencemburu.

“Si A seorang wanita berumur 20 tahun. Si A mempunyai pasangan. Hubungan si A dan pasangannya pada awalnya begitu baik  kerana tidak ada sebarang masalah. Si A seorang yang suka berkawan dan mesra orangnya, pasangannya juga sudah sedia maklum tentang hal itu. Namun sikap cemburu pasangan Si A dari hari ke hari membuatnya berasa rimas kerana pergaulannya dengan orang lain disekat. Keadaan ini membuat Si A rasa terkongkong malahan kawan-kawannya yang pernah bersamanya sebelum ini juga semakin menjauh demi menjaga hubungan Si A dengan pasangannya. Amarah cemburu tersebut akhirnya membuat Si A dan pasangan berpisah.”

Melihat pengalaman orang lain ini sedikit memberi pencerahan terhadap kita bahawa cemburu jika terus dijadikan bumbu dalam perhubungan akan merosakkan segala-galanya. Jika kita sangat menyayangi seseorang, tunjuk dengannya selayaknya kita mencintai dia agar dari hari ke hari dia akan belajar menjadi pasangan yang baik bila sedar bahawa kita cukup baik buatnya. Bukannya menunjukkan api cemburu dan amarah kita terhadapnya. Apabila dia salah maafkan dan berikan dia peluang untuk cuba memperbaiki kesilapannya.

Jika dia berubah, maksudnya dia layak dicintai oleh kita, jika tahunya hanya membuat kita rasa cemburu dari hari ke hari tanpa berubah, itu pilihan kita, melepaskan atau tidak. Tetapi paling penting fikirlah yang terbaik buat hidup kita sendiri.