Selasa, 27 Jun 2023

BAKAL PASANGAN HIDUP

Memilih pasangan hidup ini umpama memilih masa depan kita. Dapat pasangan yang baik akhlak dan agamanya baiklah akhir jalan hidupnya. Dapat pasangan baran, tidak sholat, malas bekerja maka bermulalah segala beban dan derita akan ditanggung atas bahu sendiri. 

Wanita, jika memilih bakal suami, pilihlah dia yang baik akhlak dan agamanya, betul tiada manusia yang sempurna tetapi dengan dua perkara ini sekurangnya kau jelas sikap sebenar bakal pasangan hidup.

Ramai wanita hari ini yang dari mengandung, melahirkan hinggalah membesarkan anak, dia yang uruskan segalanya tentang keperluan anak, itu belum sentuh bab tanggungjawap urusan kerja rumah, nafkah yang sengaja tidak ditunaikan dan banyak lagi.

Wanita, jangan pernah berfikir bahawa dia mampu ubah sikap buruknya demi kamu. Melainkan kamu yang akan berubah tertekan dari segi emosi dan mental. Jika dengan Tuhannya sahaja dia sukar menunaikan kewajipannya, bagaimana dengan kamu? Fikirkanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan